Februari 12, 2016

HELIPAD, KUALA LUMPUR.

Jaman sekarang ni, asal post di social media je terus jadi viral. So, kali ni nak berkongsi tentang satu destinasi (takde lah so-called 'destinasi' actually) di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

HELIPAD.

Taknak cerita banyak sebab nanti korang bosan baca. Jadi saya tuliskan dalam bentuk point mengenai info HELIPAD ni. Ke malas jugekk?!

1. Terletak di atas Menara KH, Jalan Sultan Ismail. Right next to Raja Chulan LRT Station. Can search using WAZE, but it's a bit confusing sebab waze tu gilo. So, please ensure your eyes wide open masa searching tu.  IF, you are planning to go there during weekend, I would suggest if you take a public transport, sebab parking dia kadang buka kadang tak. And kalau nak parking dekat depan bangunan tu, yes boleh. But you'll be charge RM20/Entry! (if you don't mind to spend)

2. Located at 34th floor. But before you enter the bar, you guys akan di-'sport-check' oleh security guard. Check macam dekat airport siap ada alat ninoninoninonino.

3. Lepas dah clean, proceed to bar. Syarat untuk ke helipad ni, it's a MUST for everyone of you to buy a drink. 1 drink will cost you about RM20-35/each! (It's normal if you could see Meleisss acah order beer, bangga pegang gelas arak. And girl bertudung duduk sebelah!)


4. Helipad will open at 6PM, tapi kita dah boleh naik ke tingkat 34 tu dalam pukul  530 PM. Boleh santai dekat bar tu sementara gate dibuka. Their workers will announce once it opened.

5. Jinjit lah air korang yang mewah tak terperi tu naik lagi dua tingkat. 

6. It's a first come first serve basis. So, kalau kau lambat, kau kena lah berdiri ala cocktail drinks gitchew,

7. ENJOY THE VIEW, THE SUNSET IS STUNNING THO!

**Additional info: Entry after 9PM, each person will be charge RM100!



Alah, kasi lah abam chance!

Disember 10, 2015

Puisi buat Sayang


Sayang,
Kali pertama mata kita bertentang, tubuhku bagai terpaku dan terpana,
Kali pertama kita bersentuhan, hati ini luruh,
Kali pertama kita berjalan seiringan, adrenalin ku bergerak pantas,

Ingin ku jerit pada dunia,
bilang pada mereka,
bahawa engkau milikku.



Laser Intradiscal for Slipped Disc


Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk terus menulis dan berkarya.
Diri ini diuji dengan-Nya sekali lagi.

Alkisahnya, pada bulan Ogos yang lepas, saya telah terjatuh tergelincir semasa bermain roller blade di Putrajaya. Umum tahu, kalau terjatuh ni memang effect nya sangat bahaya. Silap-silap boleh lumpuh.
Syukur lah saya tidak sampai ke tahap itu,

Ketika saya sedang menulis blog ini, saya masih di dalam wad. Menulis sambil merenung luar jendela, memandang rintik hujan berguguran di luar tingkap bilik. Dan mereput. Baru lepas buat injection yang dipanggil sebagai Radiofrequency Intradiscal Laser. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Apa itu rawatan laser intradiskal?

Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun kekaki.

Pertama kali saya disahkan terkena slipped disc oleh doktor pakar yang merawat saya pada ketika itu adalah pada 06/10/2015. Ada 2 joint yang terlibat - L5 ; S1 (Tulang rawan berhampiran pinggul)
Ketika itu admitted warded untuk buat rawatan scan MRI. Kena tahan ward dalam 3 hari. Selepas itu doctor continue dengan rawatan Physioteraphy seminggu 2 kali. Memang tak boleh pergi kerja sebab kerja saya memerlukan duduk hampir 8jam! Bahagian yang terjejas di bahagian pinggang & pinggul. Hospitalization Leave hampir 2 bulan.

Bila pergi physio pun, masih tidak menunjukkan sebarang reaksi positif. Jadi doktor pakar yang merawat saya mencadangkan supaya saya buat rawatan laser Intradiscal.

Rawatan laser diteruskan pada 08/12/2015, jam 630 petang. Diberi ubat bius separa sedar sebab pesakit diperlukan untuk berinteraksi dengan doctor sepanjang pembedahan berlangsung. Takut terkena pada nerve lain. Pembedahan mengambil masa hampir 2 jam. Semalaman terlantar atas katil. Mereput lagi.




Sebelum pembedahan berlangsung.

Ketika saya sedang menulis ini, sakit saya berkurangan. Tapi tidak lah 100% sembuh. Kena juga ikhtiar dengan cara luar. But it's better than before. Kalau dahulu, memandu tak sampai sejam, pinggang dah mula sakit-sakit, Sekarang Alhamdulillah. Menunjukkan reaksi yang positif. Tapi nak saya kongsikan di sini, sekali awak dah terkena slipped disc, memang awak akan menghidapnya sampai bila-bila. Rawatan hospital hanya lah untuk jangka masa pendek sahaja. Jadi, kita kena harus selalu positif, jaga postur badan dalam semua aspek. Tidak boleh angkat beban yang terlalu berat.

Sebelum operation, doktor akan pesan, akan ada infection pada bahagian yang disuntik tapi tak perlu bimbang kerana antibiotik akan diberi dan dimonitor setiap masa oleh nurse.

Penting untuk anda mempunyai insurance pada waktu kecemasan begini kerana kos laser ini sahaja sudah mencecah 15-17K. Saya buat rawatan ini di KPJ Klang. Dan saya cadangkan supaya anda yang ada masalah hampir sama seperti saya supaya refer pada Doktor Pakar Tulang, Dr. Sri Subanesh. Dia banyak membantu, beri nasihat dan pandangan sepanjang saya tersadai di sini.

DOAKAN SAYA SEMOGA CEPAT SEMBUH YA.