Disember 10, 2015

Laser Intradiscal for Slipped Disc


Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk terus menulis dan berkarya.
Diri ini diuji dengan-Nya sekali lagi.

Alkisahnya, pada bulan Ogos yang lepas, saya telah terjatuh tergelincir semasa bermain roller blade di Putrajaya. Umum tahu, kalau terjatuh ni memang effect nya sangat bahaya. Silap-silap boleh lumpuh.
Syukur lah saya tidak sampai ke tahap itu,

Ketika saya sedang menulis blog ini, saya masih di dalam wad. Menulis sambil merenung luar jendela, memandang rintik hujan berguguran di luar tingkap bilik. Dan mereput. Baru lepas buat injection yang dipanggil sebagai Radiofrequency Intradiscal Laser. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Apa itu rawatan laser intradiskal?

Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun kekaki.

Pertama kali saya disahkan terkena slipped disc oleh doktor pakar yang merawat saya pada ketika itu adalah pada 06/10/2015. Ada 2 joint yang terlibat - L5 ; S1 (Tulang rawan berhampiran pinggul)
Ketika itu admitted warded untuk buat rawatan scan MRI. Kena tahan ward dalam 3 hari. Selepas itu doctor continue dengan rawatan Physioteraphy seminggu 2 kali. Memang tak boleh pergi kerja sebab kerja saya memerlukan duduk hampir 8jam! Bahagian yang terjejas di bahagian pinggang & pinggul. Hospitalization Leave hampir 2 bulan.

Bila pergi physio pun, masih tidak menunjukkan sebarang reaksi positif. Jadi doktor pakar yang merawat saya mencadangkan supaya saya buat rawatan laser Intradiscal.

Rawatan laser diteruskan pada 08/12/2015, jam 630 petang. Diberi ubat bius separa sedar sebab pesakit diperlukan untuk berinteraksi dengan doctor sepanjang pembedahan berlangsung. Takut terkena pada nerve lain. Pembedahan mengambil masa hampir 2 jam. Semalaman terlantar atas katil. Mereput lagi.




Sebelum pembedahan berlangsung.

Ketika saya sedang menulis ini, sakit saya berkurangan. Tapi tidak lah 100% sembuh. Kena juga ikhtiar dengan cara luar. But it's better than before. Kalau dahulu, memandu tak sampai sejam, pinggang dah mula sakit-sakit, Sekarang Alhamdulillah. Menunjukkan reaksi yang positif. Tapi nak saya kongsikan di sini, sekali awak dah terkena slipped disc, memang awak akan menghidapnya sampai bila-bila. Rawatan hospital hanya lah untuk jangka masa pendek sahaja. Jadi, kita kena harus selalu positif, jaga postur badan dalam semua aspek. Tidak boleh angkat beban yang terlalu berat.

Sebelum operation, doktor akan pesan, akan ada infection pada bahagian yang disuntik tapi tak perlu bimbang kerana antibiotik akan diberi dan dimonitor setiap masa oleh nurse.

Penting untuk anda mempunyai insurance pada waktu kecemasan begini kerana kos laser ini sahaja sudah mencecah 15-17K. Saya buat rawatan ini di KPJ Klang. Dan saya cadangkan supaya anda yang ada masalah hampir sama seperti saya supaya refer pada Doktor Pakar Tulang, Dr. Sri Subanesh. Dia banyak membantu, beri nasihat dan pandangan sepanjang saya tersadai di sini.

DOAKAN SAYA SEMOGA CEPAT SEMBUH YA.





2 ulasan:

~Hanie Ladyhlomanie~ berkata...

Moga cpat sembuh adam haiqal... ptot la lame menyepi~

Adam Haiqal berkata...

terimakasih hanie :)